Skip to content
all notes

Travel · · 13 min read · 9 views

Vietnam, 5 Days of Food, Coffee and Surviving in a Van

My first international trip. Five days of food, coffee, van rides, random adventures and way too much walking. Tiring, chaotic, but honestly, so worth it.

1–5 May 2026

Aku tak sangka trip company kali ni akan jadi salah satu trip yang aku akan ingat lama.

Bukan sebab semuanya berjalan smooth. Actually, quite the opposite. Ada perjalanan van yang rasa macam tak habis habis, ada masa aku mengantuk sampai rasa nak baring atas lantai, ada panas yang buat aku menyesal pakai baju hitam, ada betis yang kena culture shock, dan ada dua botol air mineral yang aku sendiri tak tahu kenapa aku beli sebesar itu.

But somehow, it was fun.

This was also my first time flying internationally, so naturally aku nervous sikit. Aku dah biasa naik flight dalam Malaysia, tapi international flight? Lain macam rasa dia. Subuh subuh dah gerak ke KLIA2 sebab nak berkumpul dengan team sebelum naik AirAsia ke Ho Chi Minh City. Flight tu sebenarnya tak lama pun, sekitar dua jam je, tapi sebab first time, everything felt macam a bigger deal than it actually was.

Sampai Ho Chi Minh City, kami tak lama pun. Terus sambung perjalanan ke Da Lat.

And this was where the real test began.

Day 1: Hello Vietnam, and goodbye to my legs

Perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Da Lat ni sumpah penat betull.

Aku rasa dah dua tiga kali tidur, bangun, tengok luar tingkap, tidur balik, bangun lagi, tapi Da Lat masih tak sampai. Jalan pun ada part yang macam... are we seriously driving through this road? 😂 Ada jalan yang okay macam highway, tapi bila dah naik kawasan berbukit, tinggi gila. Tengok dari tingkap pun boleh rasa gayat.

Tapi dalam penat tu, ada satu moment yang aku suka.

Masa dah dekat Da Lat, kami berhenti dekat satu R&R atas bukit waktu sunset. The view was actually beautiful. Langit dah mula bertukar warna, kawasan bukit tu nampak luas, dan sejuk dia pun dah mula terasa.

At least perjalanan yang menyeksakan tadi ada reward sikit.

Lepas Isyak lebih kurang, baru kami betul betul sampai Da Lat.

Kami dinner dekat restoran halal Kampung Melayu Da Lat. Tak order anything fancy pun. Semua dah kebulur, so masing masing makan full meal. Food was not bad. Masa tu honestly, apa pun yang sampai depan muka memang rasa sedap. 😂

Lepas makan, kami check in homestay.

Homestay tu besar gila. Tiga tingkat, banyak wing entah berapa, sampai aku sendiri tak tahu nak explain layout dia macam mana. 😂

Lepas refresh sikit, boss ajak jalan kaki ke Da Lat Night Market.

Jalan kaki.

Aku ulang.

Jalan kaki.

Dalam lebih kurang 20 minit macam tu, turun naik bukit pula. Betis aku terus mengalami culture shock. Tapi entah macam mana aku survive malam tu.

Da Lat malam memang sejuk. It was actually nice just walking around and experiencing the night atmosphere there. Dekat night market, boss cari coffee sebab nak try coffee Vietnam. Sedap juga.

Kami jalan jalan tengok dried fruits, souvenirs dan macam macam benda lain. Aku tak beli apa apa malam tu sebab fikir, esok keluar lagi, nanti beli.

Well.

I regretted that decision.

Lepas tu aku pergi cari pharmacy sekitar market sebab nak beli air mineral. Harga lebih kurang macam Malaysia. Aku pula dengan penuh keyakinan beli dua botol besar.

Masalahnya?

Aku tak bawak beg.

So balik homestay aku menjinjing dua botol air mineral tu sepanjang jalan.

Betis aku malam tu memang dah tak tahu nak cakap apa.

Nasib baik aku ada bawak Yoko Yoko dari Malaysia. 😂

Malam tu memang aku sapu Yoko Yoko dekat betis macam seorang atlet yang baru habis marathon. Tak tahu berkesan ke tak, tapi at least ada psychological support. HAHAHA.

Culture shock belum habis.

Balik bilik, aku baru sedar Da Lat malam memang sejuk gila. Nak mandi pun rasa macam satu bentuk ujian hidup. Water heater ada, tapi panas dia macam... ada, tapi tak ada.

Aku terseksa.

Dan esoknya kami ada banyak lagi aktiviti.

Great.

Day 2: Adventure mode activated

Pagi pagi breakfast dengan pho.

Sejuk sejuk Da Lat, dapat semangkuk pho panas. Fuh.

Aku suka sebab dia bukan sekadar makan dengan bahan biasa. Ada macam macam herba dan ulam yang aku tak biasa makan, termasuk coriander dan herba Vietnam yang buat rasa dia fresh. Simple breakfast, but it hit the spot.

Lepas tu kami gerak ke Mongoland.

Dekat sini memang banyak aktiviti. Ada mini zoo, ada capybara, kura kura, camel dan macam macam lagi. Tapi obviously aku bukan datang jauh jauh untuk tengok haiwan je.

Aku main slide.

Ada dua jenis. Satu slide seorang, satu lagi yang tinggi tu naik guna pelampung. Yang tinggi tu memang lawak gila. Aku tak tahu nak explain macam mana, tapi memang jenis yang buat kau jerit dulu, gelak kemudian.

Ada mini go kart juga dan beberapa aktiviti lain.

Basically, Mongoland memang tempat yang boleh spend banyak masa kalau tak kejar itinerary.

Tapi kami memang kejar masa.

Lepas tu boss ajak pula pergi sky luge.

Yang ni sebenarnya tak ada dalam plan asal. Boss yang ajak try, so kita ikut je lah. And honestly?

Best gila.

Kawasan sekitar tu pun cantik. Kalau jenis suka tengok view dan ambil gambar, memang boleh cuci mata. Cuma masa kami pergi tu agak rushing sebab banyak lagi tempat nak kejar, so tak sempat nak enjoy kawasan tu lama lama.

Lepas tu kami lunch dekat Restaurant Sarah.

Masa ni aku dah start mengantuk gila. Lapar tak sangat, tapi mata memang berat. Tambah pula hujan masa tu.

Bad combination.

Lepas lunch, kami dah mula risau yang Datanla Waterfall mungkin tak sempat nak pergi. Dah agak lewat dan driver pun cakap mungkin tak sempat.

Tapi kami fikir, kalau sempat, kita pergi. Kalau sampai sana dah tutup, then tak ada rezeki.

Alhamdulillah, sempat.

Datanla Waterfall memang best. Untuk turun ke kawasan waterfall tu, kami naik alpine coaster yang macam roller coaster kecil tu. Memang rugi kalau tak cuba.

Sampai bawah, kami ambil gambar dan enjoy kawasan waterfall tu sekejap.

Then datang masalah seterusnya.

Nak balik.

Queue dia ramai gila.

Aku masa tu dah barai mengantuk. Dalam kepala cuma:

Ya Allah, cepatlah sampai turn aku.

Nasib baik kawasan tu sejuk, so aku tak adalah marah marah sangat. 😂 Tunggu je lah sampai turn.

Lepas tu balik homestay.

Aku ingat dah boleh rest.

Tapi boss punya idea malam tu:

“Jom night market.”

Aku:

No.

Jalan kaki pula tu.

Aku surrender.

Malam tu memang aku tidur puas puas sebab esok kami nak gerak jauh lagi. Da Lat → Mui Ne → Ho Chi Minh City.

And aku dah tahu perjalanan van esok bukan main main.

Day 3: The day I basically lived inside a van

Pagi tu kami beli nasi lemak bungkus dan gerak.

Kami singgah balik dekat R&R yang kami berhenti masa datang ke Da Lat. Breakfast dekat situ, then slowly gerak ke Mui Ne.

Macam biasa, aku dah prepare mental.

Telan ubat mabuk.

Pakai headphone.

Then tidur tegak dalam van. 😂

Aku dah develop survival technique sendiri.

Tau tau dah sampai Mui Ne.

And wow.

Mui Ne memang cantik.

Landscape dia macam padang pasir. Ada bukit pasir, aktiviti sand sliding, naik 4x4 laju laju turun bukit dan naik bukit. 4x4 dia pula warna warni, so actually cantik gila kalau tengok dalam gambar.

Cuma ada satu masalah.

Panas.

Panas gila.

Masa ni aku dah tak fikir dah air tu mahal ke tak. Aku nampak air isotonic entah apa nama dia, terus beli. Rasanya sekitar RM8.

Scam ke tak?

I don't care.

Aku haus.

Dan aku pula pakai baju hitam.

Aku sendiri tak faham kenapa aku buat keputusan itu.

Lepas puas dekat Mui Ne, kami lunch dekat satu restaurant tepi laut. Tempat dia cantik dan makanan pun sedap. Aku dah tak ingat nama makanan semua, tapi yang penting masa tu dapat duduk, makan, refresh diri, solat dan rest sekejap.

Then sambung perjalanan ke Ho Chi Minh City.

Sepatutnya lebih kurang dua jam, tapi entah macam mana jadi jauh lebih lama sebab ada jalan yang ditutup dan kena ambil jalan lain. Lepas tu jem pula.

So apa yang aku buat?

Tidur.

Bangun.

Tidur.

Bangun.

Repeat.

Akhirnya sampai HCM.

Kami berhenti dekat Malaysian Street untuk dinner. Dekat sini best sebab banyak kedai halal dan orang sekitar pun ada yang faham Malay.

Aku lapar, so aku order nasi goreng.

Nasib baik sedap.

Tapi masa ni aku dah mula rasa rimas sebab dari pagi aku tak betul betul refresh badan. Dalam kepala dah satu je.

Aku nak mandi.

Kami check in Airbnb dan honestly, tempat tu cantik dan selesa.

And the best part?

Aku duduk sorang.

Muahahahaha.

Aku rasa macam menang lottery.

Lepas mandi, aku terus rasa macam manusia balik. 😂 Aku rest kejap dalam 30 minit dan recharge.

Bawah Airbnb pun ada mart, so senang nak beli barang.

Malam tu boss ajak jalan pusing HCM lagi.

Kami pun keluar cari coffee.

Boss aku memang suka coffee. At this point aku rasa kalau ada coffee shop dekat tengah jalan pun dia akan berhenti.

Malam tu kami jalan jalan sekitar bandar. Tak ramai sangat orang sebab hari biasa, so suasana agak chill.

HCM malam tu taklah terlalu happening, tapi after one whole day dalam van, jalan kaki sikit, minum coffee dan tengok bandar pun dah cukup.

Tomorrow was going to be my proper HCM city day.

And I was looking forward to it.

Day 4: HCM through my camera

Day 4 was probably my favourite day.

Bukan sebab kami pergi tempat paling fancy.

Tapi sebab finally aku dapat buat benda yang aku suka.

Jalan jalan dan ambil gambar.

Ho Chi Minh City memang seronok untuk street photography. Aku suka tengok orang Vietnam, cara dorang berpakaian, motor yang tak habis habis, kedai tepi jalan, architecture lama dan baru yang bercampur.

And yes, topi conical Vietnam tu memang membantu bagi extra Vietnam vibes. 😂

First stop, Book Street.

Cantik gila.

Kalau datang sini memang rasa nak ambil gambar setiap beberapa langkah. Book Street sendiri terletak dekat Nguyen Van Binh Street, bersebelahan dengan Central Post Office, dan memang terkenal sebagai kawasan pedestrian dengan kedai buku, cafe dan ruang yang lebih tenang berbanding jalan bandar sekeliling.

Lepas tu kami pergi Central Post Office.

Aku suka architecture dia, both outside and inside. Bangunan dia ada character yang sangat berbeza daripada bangunan moden yang biasa aku nampak.

Then sambung jalan.

Kami ambil gambar dekat monumen President Ho Chi Minh yang berdiri dengan tangan terangkat, dengan bangunan kuning di belakang. Rupanya memang itu salah satu landmark utama dekat Nguyen Hue Walking Street.

Lepas tu pergi Opera House dan Japan Street.

Basically, hari tu memang walking and photography day.

Then kami pergi ke Cafe Apartment yang viral tu dekat Nguyen Hue.

Bangunan tu memang nampak interesting sebab satu bangunan penuh dengan cafe dan kedai yang berlapis lapis.

Kami masuk satu cafe.

Boss order egg coffee.

Aku pula minum jus.

Egg coffee tu sebenarnya aku curious juga, tapi masa tu aku macam... nah, jus dulu.

Boss kata sedap dan tak pelik pun rasanya.

Aku percaya je lah. 😂

Lepas tu kami ambil gambar depan building tu dan sambung jalan.

By lunch, group dah mula split sebab masing masing nak pergi tempat masing masing.

Aku?

As usual.

Jalan sorang sorang.

Aku pusing lagi area Malaysian Street, tengok kedai, usha barang, tengok apa yang boleh beli.

Then aku makan beef ramen Vietnam.

Sedap gila.

Sampai sekarang aku masih teringat.

Aku balik Airbnb untuk rest sebab petang tu kami plan nak naik red bus yang pusing bandar sekitar waktu sunset.

Sebelum naik bus, aku dengan Kak Asidah singgah Katinat.

Aku cuba rambutan milk tea sebab...

Kenapa tidak?

Vietnam dah ada depan mata, takkan nak order benda biasa sangat. 😂

Then naik red bus.

This was actually really nice.

Dapat tengok HCM dari atas bus, especially bila bandar mula bertukar daripada petang ke malam.

And the thing yang paling amazed aku?

Motor.

Banyak gila.

Aku tak tahu macam mana dorang semua boleh coordinate dekat jalan yang sama. Tapi somehow dorang bawa motor macam normal je.

Aku yang tengok dari bus pun dah penat.

Lepas habis bus tour, aku pergi jalan jalan lagi dekat Malaysian Street dan shopping souvenirs.

Banyak benda comel. Poster, magnet, barang kecil kecil, benda rare yang rasa macam eh nak beli semua.

Tapi fulus tak meriah sangat.

So beli mana yang mampu je.

Yang lain aku tengok sambil tahan hati. 😂

Sebelum balik Airbnb, aku buat satu keputusan yang sangat penting.

Aku beli beef ramen yang sama untuk dinner.

Yes.

Repeat.

Kalau sedap, why not?

Aku beli sekali nasi goreng udang untuk breakfast esok dan banh mi.

Banh mi ni memang sedap. Dia macam comfort food pula. Aku beli yang sardine dengan telur. Yang bestnya, abang tu buat dekat motor je.

Aku akan selit gambar sebab benda ni memang salah satu memory yang aku suka.

Balik bilik, aku makan dengan tenang.

Then packing.

Sebab esok...

dah nak balik.

Day 5: “Flight petang lagi, rugilah duduk bilik”

Pagi tu aku breakfast dekat bilik.

Nasi goreng yang aku beli malam sebelumnya.

Flight aku petang, around 2 sampai 4 macam tu. Tak ingat exact time dah, tapi masih ada masa.

And masa tu aku fikir:

RUGIIIIII.

Dah sampai HCM, takkan nak duduk bilik je?

Aku mula fikir nak keluar kejap. Plan asal nak ambil Grab car pergi Ben Thanh Market.

Tapi pagi tu susah nak dapat kereta. Maybe sebab peak hour, orang tengah pergi kerja.

Then aku nampak option Grab motor.

Aku fikir...

Eh.

Why not?

So aku order Grab motor.

First time.

Aku nervous sebenarnya sebab motor dekat Vietnam memang banyak gila. Tapi somehow...

Best experience ever.

Naik motor sambil tengok bandar dari dekat memang lain feel dia. Kalau dalam car, kau macam tengok bandar dari jauh. Atas motor, kau betul betul rasa traffic, jalan, bunyi, suasana.

Sampai Ben Thanh, aku shopping souvenirs lagi.

Then obviously...

Banh mi lagi.

Dan coffee Vietnam lagi.

At this point, aku rasa aku dah accepted yang coffee dan banh mi memang sebahagian daripada personality aku sepanjang trip ni.

Lepas tu aku balik Airbnb sebab dah nak checkout.

Masa checkout tu, aku rasa sedih sikit.

Because honestly, aku suka HCM.

Especially untuk photography.

Aku rasa banyak lagi tempat cantik yang aku belum explore. Banyak lagi street yang boleh jalan, banyak lagi makanan yang boleh try, banyak lagi gambar yang boleh ambil.

Cuma kalau sorang, aku tak tahu berani ke tak.

And masa pun limited.

Maybe that's one of the reasons aku rasa macam nak datang lagi.

Lepas checkout, kami terus gerak ke airport.

Then flight balik Malaysia.

Sampai rumah lebih kurang waktu Maghrib.

Dan selepas lima hari makan makanan Vietnam...

aku buat benda yang paling Malaysia sekali.

Aku cari mamak.

Aku lapar gila.

So aku bungkus nasi kandar dan bawak balik rumah.

Because apparently, after travelling internationally for five days, my body said:

“Okay cukup Vietnam. Mana nasi kandar?”

And that was the end of my first international trip.

Vietnam was tiring.

Vietnam was hot.

Vietnam involved way too much time inside a van.

Vietnam gave my calves unnecessary trauma.

But Vietnam was also really fun.

And of course, special appreciation to both my bosses for sponsoring this trip and making my first international trip possible. Thank you for the experience, the food, the random adventures, and all the memories. 

Honestly, I’m really grateful I got to experience Vietnam with the team. Definitely one for the memories. ❤️

I got to see places I had never seen before, eat food I had never tried, experience my first international flight, take way too many photos, drink a ridiculous amount of coffee, and somehow survive riding a motorbike through Ho Chi Minh City.

Would I go again?

Honestly...

Yes.

Especially HCM and I would like to try Hanoi, Danang, Sapa!

I still feel macam banyak benda aku belum explore.

Maybe next time, aku datang dengan more time, less rushing, and hopefully enough courage to wander around on my own.

For now, I'm just glad I went.

And yes.

The nasi kandar after landing was necessary.


—SA

Enjoyed something I wrote? buy me a coffee (opens in a new tab)

psst, the labels are clickable

3,729 visitors