Skip to content
all notes

General · · 8 min read · 5 views

I Didn't Expect a Five Hour Podcast to Make Me Want to Be Better

Have you heard this podcast with Dato' Dr Rizal? Aku dengar sampai habis and honestly, bukan ilmu je yang aku dapat. Aku rasa inspired dengan cara dia menjalani hidup dan somehow buat aku rasa macam aku pun nak jadi lebih baik.

Maybe I Just Needed to Hear This

Aku tak sangka aku akan habiskan podcast hampir 6 jam ni.

Usually kalau podcast dah lebih sejam, lepas 15 minit pertama aku dah gone...focus span aku memang nipis senipis kulit bawanggg

Tapi yang ni lain.

Aku dengar sampai habis. 3 hari la tapi 🤣

Dalam tak sedar pun sebenarnya.

Mula mula aku ingat aku nak dengar sebab tajuk beliau menarik. Dato’ Dr Rizal cerita tentang pengalaman buat kajian tidur di Harvard, otak, makanan dan macam macam lagi. Episode ni memang cover banyak benda, daripada cerita zaman kecil beliau, keluarga, pendidikan, kerja, sampai pengalaman beliau di Australia, Harvard dan University of Pennsylvania. He's so cool man.

I really like the way he talks

First thing yang aku perasan ialah cara Dr Rizal bercakap.

Soft spoken.

Tak rushing.

Tak rasa macam beliau tengah cuba impress anyone.

Beliau cerita satu benda, kemudian sambung dengan cerita lain, and aku boleh terus tekunnn dengar sampai habis. His story telling buatkan aku rasa macam "okay lepastu?? pastu apa jadi?? hah? seriouslah?? gila lahh"

More like aku tengah duduk dengar seseorang yang dah melalui banyak benda dalam hidup, and beliau cuma cerita apa yang beliau belajar sepanjang perjalanan tu.

And I like that.

Sebab kadang kadang kita bukan perlukan seseorang yang bercakap kuat untuk buat kita dengar.

Sometimes orang yang cakap perlahan tu lagi senang kita hadam.

The part about his mother

Aku tak nak pretend aku boleh explain exactly kenapa part ni affected me.

Tapi masa beliau cerita pasal ibu beliau, aku menangis sekali.

😂

Aku memang tak expect.

Tengah dengar podcast, tiba tiba mata dah berair.

Kisah beliau dengar ibu beliau berdoa minta sepasang sayap besi untuk Dr. Rizal ni. Sebabnya Dr. Rizal pernah minta kat ibu beliau nak naik kapal terbang tapi keadaan tak mengizinkan.

Berkat dari doa seorang ibu tu, setiap minggu beliau ada kerja outstation yang memerlukan beliau naik flight untuk kesana kemari. Huhuhu best!

Maybe sebab cara beliau cerita tentang ibu beliau tu.

Bukan macam cerita yang sengaja dibuat sedih.

Beliau cuma cerita.

Tentang ibu beliau.

Tentang nasihat.

Tentang apa yang beliau belajar daripada keluarga.

Tentang bagaimana benda yang nampak kecil masa kita muda boleh sebenarnya tinggal dalam diri kita sampai kita dah dewasa.

Dan entah kenapa, benda macam tu memang mudah kena dekat hati.

Especially bila seseorang bercakap tentang parents dengan penuh rasa hormat.

Dalam episode ni pun, banyak keputusan besar dalam hidup beliau dikaitkan dengan nasihat keluarga, doa, tawakal dan keyakinan kepada Allah.

Aku rasa part tu buat aku fikir balik tentang how much our parents sebenarnya influence the person we become.

Kadang kadang satu ayat yang mereka pernah cakap bertahun tahun lepas pun kita masih ingat.

Tahajud and the way he makes decisions

Ada satu lagi benda yang betul betul melekat dalam kepala aku.

Dr Rizal cerita tentang tahajud.

Beliau memang sangat menjaga tahajud, sampai kalau satu hari beliau tak buat, beliau akan rasa sedih.

Dan yang menariknya, tahajud tu bukan hanya bila beliau ada masalah besar.

Untuk buat keputusan pun Dr Rizal akan tahajud.

Walaupun keputusan tu kecil.

Beliau akan ambil masa untuk bangun, solat dan minta petunjuk daripada Allah.

Part ni sebenarnya buat aku fikir lama.

Sebab kita selalu fikir tahajud ni macam sesuatu yang kita buat bila kita betul betul perlukan sesuatu.

Nak minta rezeki.

Nak minta pertolongan.

Nak minta jalan keluar.

Tapi daripada cara beliau cerita, tahajud tu macam dah jadi sebahagian daripada cara beliau menjalani hidup.

Bahkan aku teringat satu cerita tentang ayah beliau.

Ayah beliau pernah pesan, kalau nak berkahwin, kena buat tahajud selama 6 bulan berturut turut.

Kalau terlepas satu malam, kena ulang semula dari awal.

Aku dengar part ni macam...

Hah, serius? 😂

Enam bulan.

Dan kalau miss satu hari, start balik.

Tapi bila fikir balik, mungkin bukan tentang angka 6 bulan tu semata mata.

Aku rasa apa yang ayah beliau cuba ajar ialah disiplin dan kesungguhan dalam meminta sesuatu daripada Allah.

Bukan sekadar nak sesuatu, tapi sanggup bangun setiap malam untuk mencarinya melalui hubungan dengan Allah.

Dan aku rasa benda tu cantik.

Sebab akhirnya, tahajud bukan lagi sekadar “aku ada hajat, jadi aku bangun.”

Tapi jadi sesuatu yang kita rasa kehilangan bila kita tak buat.

Maybe that's the kind of relationship with Allah that I want too.

What I liked most was not actually the science

Don't get me wrong.

Part pasal otak, tidur, Harvard, makanan and research memang menarik.

Beliau cerita tentang pengalaman bekerja dalam bidang tidur dan penyelidikan otak, termasuk pengalaman di Harvard dan University of Pennsylvania.

Aku suka dengar benda macam ni sebab suddenly kita nampak satu bidang yang biasanya kita cuma dengar dari jauh.

Ada satu part pasal otak yang betul betul buat aku fikir.

Masa beliau buat kajian di Harvard, beliau berpeluang melihat dan mengkaji beratus ratus otak.

Tapi daripada begitu banyak otak yang beliau tengok, hanya sebahagian kecil yang betul betul berada dalam keadaan sihat dan berkualiti.

Aku rasa part ni menarik sebab kita selalu fikir pasal otak macam benda yang memang akan ada dan berfungsi je.

Kita bangun.

Kita kerja.

Kita fikir.

Kita scroll phone.

Kita makan.

Kita tidur.

Repeat.

Tapi bila dengar orang yang memang pernah tengok dan kaji otak secara dekat cerita tentang keadaan sebenar otak manusia, tiba tiba aku rasa macam...

Oh.

Selama ni aku ambil benda ni for granted.

Kita jaga macam macam benda dalam hidup.

Kereta.

Phone.

Laptop.

Rumah.

Tapi otak sendiri pun kita kena jaga.

Tidur.

Makanan.

Aktiviti fizikal.

Stress.

Semua tu sebenarnya berkait dengan benda yang kita gunakan setiap hari untuk hidup dan berfikir.

There's something about people who keep learning

Aku suka bila dengar orang yang masih curious walaupun dah jauh dalam bidang beliau.

Dr Rizal cerita pasal perjalanan beliau yang bukan straight forward pun.

Ada masa plan sambung belajar terganggu sebab penajaan.

Ada masa kena kerja.

Ada masa kena buat keputusan besar.

Ada masa kena berpindah.

Ada masa kena struggle dengan study dan kehidupan.

Dan satu lagi benda yang aku rasa agak impressive ialah sepanjang hidup beliau, beliau macam tak pernah berhenti mencari jalan untuk mencari rezeki.

Sebab beliau datang daripada keluarga yang susah.

Jadi daripada muda lagi, beliau dah biasa fikir macam mana nak survive dan macam mana nak cari duit.

Beliau buat macam macam kerja.

Cuba macam macam benda.

Cari peluang dekat mana yang beliau boleh.

Bukan tunggu satu peluang besar datang dan terus mengubah hidup beliau.

Beliau terus bergerak.

Dan aku suka part ni sebab bila kita tengok seseorang yang dah berjaya sekarang, senang untuk kita nampak hasil akhir je.

Kita nampak Harvard.

Kita nampak research.

Kita nampak buku.

Kita nampak pengalaman.

Tapi kita tak nampak semua benda yang berlaku sebelum tu.

The failed plans.

The difficult decisions.

The uncertainty.

The times where they probably didn't know what was going to happen next.

Maybe that's why I like listening to stories like this.

It reminds me that people don't suddenly become who they are.

They slowly become that person through years of choices, experiences and lessons.

Dan mungkin sebab tu aku kagum dengan perjalanan beliau.

Bukan sebab beliau sampai Harvard.

Bukan sebab beliau banyak ilmu.

Tapi sebab sepanjang perjalanan tu, beliau tetap cari jalan.

And somehow, I felt like I should do better too

This is probably the weirdest part.

Dr Rizal tak pernah cakap kepada aku secara direct:

“Suraiya, kau kena improve diri.”

Obviously.

😂

Tapi selepas dengar beliau bercakap tentang ilmu, kehidupan, keluarga, agama, kesihatan dan pengalaman beliau, aku rasa macam...

Aku pun nak jadi lebih baik.

Nak baca lebih banyak.

Nak belajar benda baru.

Nak jaga diri.

Nak jaga cara aku bercakap.

Nak lebih menghargai parents.

Nak lebih disiplin.

Nak lebih dekat dengan Allah.

Nak jadi seseorang yang bila dah tua nanti, ada cerita yang berbaloi untuk diceritakan.

Not because I want to become Dr Rizal.

But because listening to someone who is genuinely curious about life makes me realise that I don't want to stop being curious either.

Maybe that's what a good podcast does

Bagi aku, podcast yang best bukan semestinya podcast yang bagi kita 20 tips untuk improve hidup.

Sometimes it's just a conversation that makes you think.

Mungkin kita belajar satu benda.

Mungkin kita tiba tiba google satu topic yang beliau mention.

Mungkin kita mula fikir balik tentang satu keputusan.

Atau mungkin kita cuma duduk diam selepas podcast habis and fikir,

“Hmm. Aku nak jadi macam mana sebenarnya?”

And I think that's what happened to me.

Aku habiskan hampir 6 jam dengar seseorang bercakap.

Tak rasa macam membazir masa pun.

Instead, aku rasa macam aku dapat duduk dekat tepi satu conversation yang penuh dengan pengalaman hidup orang lain.

Dan somehow, aku keluar daripada conversation tu dengan rasa nak improve diri sendiri.

Maybe that's enough.

Not every piece of content has to completely change our life.

Sometimes it just needs to make us want to take one small step in a better direction.

For me, this podcast did that.

So kalau korang nak dengar, make sure ada masa yang panjang sikit.

Almost 6 hours tu bukan main main. 😂 Aku pun amik masa 3 hari nak habiskan. Dengar sikit2 sebab kalau termiss 1 topik rasa cam rugi la.

But I genuinely enjoyed it.

And maybe one day, aku pun nak jadi orang yang bila bercerita tentang hidup, ada sesuatu yang meaningful untuk dikongsi.

Bukan sebab hidup aku perfect.

Tapi sebab aku betul betul hidup, belajar, buat silap, cuba lagi, dan terus jadi manusia yang lebih baik.

Enjoyed something I wrote? buy me a coffee (opens in a new tab)

psst, the labels are clickable

4,415 visitors